Khamis, 23 Februari 2012

Salam 1Malaysia

Assalamu 'alaikum w.w.w. dan selamat sejahtera. Selamat datang ke blog Cikgu Kalid. Blog cikgu ini merupakan satu medium pembelajaran secara interaktif dan khas kepada murid cikgu yang berada di Tahun 6 sahaja. Cikgu berharap agar semua murid cikgu memperoleh manfaat daripada blog yang cikgu sediakan ini.
              Pada kesempatan ini juga, cikgu ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Puan Salawati atas ajaran dan bimbingan beliau  dalam subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105). Beliau merupakan seorang pensyarah yang banyak berjasa dalam membantu cikgu dan rakan cikgu yang lain dalam membina blog  untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ini.