CERITA TELADAN RAKYAT SARAWAK
Pada zaman dahulukala, satu lagenda telah wujud dalam catatan mitos…bermulanya
lagenda tersebut di alam kayangan…Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah
sahabat karib dari mereka kecil sampailah dewasa.. tak pernah berpisah atau
berselisih pendapat pun adanya mereka berdua ni…kasih sayang umpama adik
beradik yang tak dapat dipisahkan.
Suatu hari dewa kayangan mengarahkan agar
Puteri Santubong turun ke bumi di bumi Sarawak untuk menjaga segala alam di
bumi Sarawak tersebut…maka bersedihlah dua sahabat tersebut kerana terpaksa
berpisah…bertangis tangisanlah dua puteri ni…tapi mereka tak dapat membantah
titah dewa kayangan… Sepeninggalan Puteri Santubong ke bumi Sarawak, Puteri
Sejinjang jatuh gering akibat selalu merindui Puteri Santubong…melihatkan
keadaan Puteri Sejinjang sedemikian rupa maka dewa kayangan pun membenarkan
Puteri Sejinjang turun ke bumi mengikut Puteri Santubong dan menjaga bumi
sarawak bersama Puteri Santubong.
Tatkala sampai sahaja Puteri Sejinjang ke bumi Sarawak…maka
dia diarak ke istana Puteri Santubong oleh rakyat jelata dan segala hidupan
yang berada dalam kekuasaan Puteri Santubong…teramat kagumlah Puteri Sejinjang
dengan kekuasaan Puteri Santubong kerana mempunyai pemerintahan yang begitu
agung pada pandangannya...timbullah sedikit rasa iri hati dan cemburu pada
Puteri Sejinjang akan kehidupan Puteri Santubong…Puteri Sejinjang membayangkan
bahawa Puteri Santubong akan menjadi bongkak dengan apa yang dia ada dan lupa
akan persahabatan mereka.
Sampai sahaja Puteri Sejinjang ke istana Puteri Santubong,
telah menantilah Puteri Santubong dengan meriahnya di muka pintu istana untuk
menyambut kedatangan Puteri Sejinjang. Dengan layanan yang terbaik dan
kerinduan yang mendalam di hati kedua puteri maka Puteri Sejijang sedar bahawa
Puteri Santubong tidak pernah berubah hati atau bongkak dengan kedudukan yang
dia ada dan masih seperti dahulu…maka senanglah hati Puteri Sejinjang dan
segala rasa iri dan cemburu lenyap di hatinya.
Atas arahan dewa kayangan pemerintahan gunung
ganang dan semesta alam di bumi Sarawak dibahagi kepada dua jajahan…satu
jajahan Puteri Santubong dan satu lagi milik Puteri Sejinjang…maka berjalanlah
pemerintahan dua puteri.
Selama tiga malam berturut Putera Serapi bermimpikan seorang puteri yang teramat
cantiklah paras rupanya tiada terbanding…nekadlah sang putera untuk mencari
siapakah gerangan puteri tersebut…dalam pencariannya maka bertemulah dia dengan
Puteri Sejinjang yang tidak kurang elok paras rupanya…tetapi dia pasti ini
bukanlah puteri impian dia…walau dalam hatinya mengakui bahawa itu bukanlah
puteri dalam pencariannya tetapi Putera Serapi tetap bersama dengan Puteri
Sejinjang dan berkasih kasihan dengannya…hidup berbahagialah pasangan merpati
dua sejoli ni...dalam mereka sedang bekasihan…
berceritalah Putera Serapi kepada Puteri Sejinjang akan mimpinya yg
membawa dia kepada Puteri Sejinjang… dan Putera Serapi juga mengaku bahawa
Puteri Sejinjang bukan puteri dalam mimpinya…tetapi hati tetap terpaut dan
kasih bertaut…bila sahaja Puteri Sejinjang mendengar pengakuan tersebut maka
bertambah tambah marah dan cemburunya kepada Puteri Santubong kerana firasatnya
kuat mengatakan puteri yang muncul dalam mimpi Putera Serapi adalah Puteri
Santubong.
Dalam kemarahan dan cemburu yang teramat maka Puteri
Sejijnjang menjemput Puteri Santubong ke istananya untuk majlis makan
malam...ini untuk memastikan adakah firasatnya betul dan ingin melihat adakah
Puteri Santubong dan Putera Serapi sanggup mengkhianati kasih sayangnya dan
persahabatannya… datanglah Puteri Santubong dengan membawa pelbagai hadiah ke
istana Puteri Sejinjang dek kerana sudah lama tidak bersua dan begitu sibuk
dengan pemerintahan masing-masing…tiba-tiba mata bertentang mata...dan hati
berkata kata di antara Putera Serapi dan Puteri Santubong…cinta mula berputik
di hati Puteri Santubong tatkala terpandang Putera Serapi…rupa rupanya Puteri
Santubong juga pernah bermimpikan Putera Serapi sebagai jodohnya yang telah
ditetapkan oleh dewa kayangan untuknya… dan Putera Serapi amat pastilah bahawa
Puteri Santubong adalah Puteri impiannya.. maka berkatala putera Serapi kepada
Puteri Sejinjang bahawa itulah puteri di dalam mimpinya dan dia seharusnya
bersama dengan Puteri Santubong.
Dengan pengakuan yang sama dari Puteri Santubong
menyebabkan hati Puteri Sejinjang menjadi remuk dan sedih…dalam keadaan yang
terlalu sakit hati dan marah...Puteri Sejinjang menghalau meraka berdua dari
istana.
Hiduplah Putera Serapi dan Puteri Santubong berkasih
kasihan di istana Puteri Santubong... sedangkan di hati Puteri Sejinjang penuh
benci dan dendam…suatu hari Puteri Santubong menerima hadiah daripada Puteri
Sejinjang… maka gembiralah hati Puteri Santubong kerana menyangka Puteri
Sejinjang telah memaafkannya… apabila dia membuka hadiah tersebut maka terkejut
dan marah adanya dia kerana Puteri Sejinjang menghantar hadiah berupa kepala
babi hutan seolah olah mengejek bahawa rupa Puteri Santubong bersamaan dengan
babi hutan.
Maka bermulanya perkelahian dua puteri yang bermaki
maki antara satu sama lain dan menggunakan kuasa ghaib mengenakan antara satu
sama lain… dibaling oleh Puteri Sejinjang lalu yang digunakan olehnya menenun
kain kearah Puteri Santubong sehingga meninggalkan kesan lekuk di pipi Puteri
Santubong… Puteri Santubong membalas juga dengan membaling batang belidak yang
digunakan untuk menumbuk padi menyebabkan kepala Puteri Sejinjang putus dan
berterabur menjadi Pulau Kera..(ada pulau tu di Kuching…)
Dewa kayangan begitu murka melihat semua itu
dan menyumpah ketiga tiga mereka menjadi gunung ganang di sarawak...maka
wujudlah gunung yang kita boleh lihat sehingga hari ini…Gunung Sejinjang yang
landai di puncak.. kerana kepala telah putus menjadi pulau kera…Gunung Serapi
yang terpisah jauh dari gunung Santubong dan Gunung Sejinjang….dan gunung
santubong yang berbentuk perempuan mengandung sedang berbaring.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan